Saturday, 19 July 2014

Nukilan sahabat =)

Anehnya persahabatan
Manisnya selalu 
Jarang-jarang pahit bertandang

Namun jarang-jarangnya itu 
Mampu menggusarkan fikiran
Memedihkan rongga nafas
Melembapkan kelopak mata
Menggetarkan nada hati

Dimanakah silapnya?
Adakah pada kata-kata yang tajam menikam
Mahupun perbuatan yang ganas menerkam?

Wahai Sang Pemilik Kasih
Pada-Mu segala perasaan kasih
Lembutkanlah hati kerasnya 
Sebagaimana besi Nabi Daud dilembutkan
Jika padanya bara api kemarahan
Sejukkanlah sebagaimana
Api yang membakar Ibrahim-Mu disejukkan

Aku takut
Mengenangkan dosa insan terhadap insan 
tidak akan Kau ampuni 
Melainkan muncul kemaafan dari hatinya

Aku takut
Mengenangkan bagaimana nasibku didunia dan akhirat-Mu
Seandainya kemaafan yang dipohon
Tidak kunjung tiba

Wahai akrabku
Maafkanlah setiap nodaku
Yang sering menghiris perasaan
Maafkanlah kata-kata nista
Yang sering kau dengari lalu tersimpan dijiwa

Bukan aku sengaja, bukan aku sengaja
Akanku perbaiki diri
agar tidak berulang lagi

Hanya satu ku minta darimu
Tegurlah diriku
Aku juga insan sepertimu
Tidak lengkang dari kealpaan
Tidak sunyi dari kemaksiatan

Andai benar kau SAHABAT
Aku pohon
TEGURLAH aku........

='(

Tuesday, 8 April 2014

Aku Insan Berdosa

Wahai Tuhan,
Masihkah aku dalam kasihMu?
Meskipun daku sentiasa terpalit dosa
Wahai Tuhan,,
Masihkah Engkau ampuni dosaku
Walau berulang kali mengingkari taubat-MU

Wahai Tuhan,
Masihkah aku berhak dicintai olehMu?
Sedangkan diri-Mu sentiasa aku lupakan
Oh Tuhan,
Upayakah aku beroleh syafaat kekasih-Mu
Namun, jarang-jarang aku tuturkan selawat padanya






Aku tahu busuknya dosa
Namun mujahadahnya amat payah
Seringkali aku beralah tak mampu bangun menuju manis akhirat
Lantaran terpana indahnya dunia

Aku tidak mahu kekal sebegini
Ya Tuhan, ringankanlah jasadku dalam mentaati-Mu
Ku tahu ranjaunya bergunung
Durinya mencengkam
Panasnya mendidih
Peritnya amat pahit
Kerna itulah harga indahnya Sang Syurga

Adakah kau fikir kau udah beriman?
Ah! Tidak,
Sebelum tuhanmu melemparkan ujian
Kau akan tahu dimana letaknya sabarmu
Mungkinkah di kaki mahupun sekadar lafaz di bibir
Paling indah, sabar itu dihati

Ya tuhan,
Ku yakin tidak mungkin kau tega bebani 
hambaMu dengan sesuatu yang tidak terbeban olehnya
ya tuhan
kekalkanlah aku dalam rahmatMu
selamanya…

Monday, 10 March 2014

Itulah Ayah


Ayah memang pelik 
 Kurang bercakap tapi kuat bekerja
 Bila mak membebel ayah buat tak tahu je 
Kalau mak marah, kami takut 

Tapi kalau ayah marah, kami lagi kecu

Bila tak buat kerja sekolah memang tempah maut

Tak perlu tunggu rotan

Dengar je suara garau ayah kami terus cari belakang mak 


Ayah ajar kami baca Al-qur'an, solat jamaah 

Tinggal solat memang kena ketuk 

Sebab ayah tegas lah kami sayang dia 

Kadang-kadang  setahun pun payah nk dengar ayah ucap" ayah syg ank ayah" , 

Tapi kami tahu dia memang sayang kami.

 Indah bila teringat zaman kecil-kecil  bersama ayah 

Sekarang kami dah besar

Ayah juga sudah dijemput Illahi 

Hilangnya seorang ayah

Bukan bermakna luput ingatan bersamanya

Kerana ingatan yang tak pernah padamlah

Kadangkala aku menangis sendirian 


Masih belum terlambat untuk memberi ayah penghargaan

Tak perlu hadiah yang mahal menggunung

Aku kasi ayah aku hadiah dengan tutup auratku
Kasihan ayah seandainya aku

                           Dedahkan auratku sedangkan aku sudah baligh.
Setiap dosa aku lakukan ayah akan dapat

Setiap mata sang ajnabi yang melihat auratku akn dipikul dibahu ayah.

Tiap dosa haruman yg menusuk hidung sang ajnabi akn trut menjejaki ayah.

Tiap gerak gaya dan suara manja yang menggoda ajnabi akan menyurutkan kebaikan ayah. 

Tiap kata-kata yang terselit cela akan masuk ke akaun ayah.

 Aku tak nak ayah miskin amalannya dimahsyar.. 

Aku tak nak ayah kaya dengan noda anak-anak gadis kesayangannya.

 Moga-moga amalan baikku akan ditopap dalam akaun pahala ayah..

 Sahabat..cukuplah dengan jaga aurat kita agar  tak dilihat oleh ajnabi.. agar ayah tak terbeban oleh timbunan dosa anak gadisnya yg terdedah auratnya..
*siapa sayang ayah, jom ttup aurat* (^^)




عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 



 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)




^^orangehudhud